Assalammualaikum Wr. Wb .. :) kali ini saya tentang pengalaman sorang gadis Malaysia yang bekerja di US. gadis ini sorang Islam ia sangat la taat akan perintah allah dan selalu mengikuti perintahNYA dan Menjauih laranganNYA.
langsung sahaja korang boleh tengok artikel saya dibawah ini, Semoga bermanfaat untuk anda semua ...
Kenapa Perkosa Saya?
Seorang wanita muslim dari
Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.
Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula
agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Maklum hari sudah lewat.
Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit
putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa
takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke
hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh
pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi lelaki yang
bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, saudari
ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah di perkosa oleh seorang
lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit
selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit
putih yang dia lihat semalam adalah pemerkosa itu.
Atas rasa tanggungjawab dia
terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa
lelaki tersebut adalah pemerkosa yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan
juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong
tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi perkosa perempuan
yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan pemerkosa tadi sebelum hukuman dijatuhkan
(sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya pemerkosa itu
Why dont you do anything to
me on that night even though you know that I'm alone??
Pemerkosa tu jawab: No, you are
not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right
side and the other one was by your left side. If you were alone of course you
will be my victim.?
Saudari ni rasa amat terkejut
bila dengar penjelasan pemerkosa tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana
memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam
itu.
MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya
menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan
sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya
menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan
Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki
yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
Ayat Kursi sememangnya adalah
ayat pelindung yang mustajab?selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang
selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat.
Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh
datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji
Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ?iman? kita sekarang ini. Wassalam.
Barang siapa membaca ayat
Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika
dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari
Abdullah bin Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang
sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran
dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan
senjata orang mukmin iaitu DOA.semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam??.
0 Comments
We welcome relevant and respectful comments. Irrelevant Comments, Comment Spam, Off-topic comments may be removed.
Please read our Comment Policy before commenting.